Kuala Balah merupakan sebuah mukim yang terletak dibawah Jajahan Daerah Jeli, di negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Jeli mempunyai keluasan mukabumi 1,280.21 km persegi dimana ia merupakan jajahan yang ketiga terluas di dalam negeri Kelantan dan terletak 98 km dari ibu negerinya Kota Bharu. Jajahan ini terdiri dari 3 daerah iaitu Daerah Jeli, Daerah Batu Melintang dan Daerah Kuala Balah, dimana Jeli meliputi kawasan seluas 31,892.60 hektar, Batu Melintang seluas 33,9680.20 hektar dan selebihnya Kuala Balah mewakili kawasan seluas 62,159.20 hektar iaitu yang paling luas di antara daerah-daerah dibawah pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dan juga Majlis Daerah Jeli ini.